Sesungguhnya kemurkaan Allah ke atas hamba-hambanya ialah memenuhi kanak-kanak mereka di dalam masjid-masjid mereka

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن من سخط الله على العباد أن يسلط عليهم صبيانهم في مساجدهم فينهونهم فلا ينتهون.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya kemurkaan Allah ke atas hamba-hambanya ialah memenuhi kanak-kanak mereka di dalam masjid-masjid mereka, sedangkan mereka melarang kanak-kanak mereka tetapi kanak-kanak tersebut tetap melakukannya.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 26, hadis nombor 39. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


فيه متروك.

Padanya terdapat perawi matruk.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs