TEKS BAHASA ARAB
إنه ليهون علي الموت إني أريتك زوجتي في الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya kematian itu benar-benar telah diringankan ke atasku kerana aku diperlihatkan kamu, isteriku di syurga.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1083-1084, hadis nombor 5516. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إِنَّهُ لَيُهَوِّنُ عَلَيَّ الْمَوْتَ إِنِّي أُرِيتُكِ زَوْجَتِي فِي الْجَنَّةِ. [أبو حنيفة في مسنده، طب، أبو يوسسف في الآثار، الضعيفة (6011)].
(Lemah) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya kematian itu benar-benar telah diringankan ke atasku kerana aku diperlihatkan kamu, isteriku di syurga. [Riwayat Abu Hanifah dalam Musnadnya, riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, riwayat Abu Yusuf dalam al-Athar. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no.6011].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.