Lemah
4 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنه ليهون علي الموت إني أريتك زوجتي في الجنة.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya kematian itu benar-benar telah diringankan ke atasku kerana aku diperlihatkan kamu, isteriku di syurga.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1083-1084, hadis no. 5516. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إِنَّهُ لَيُهَوِّنُ عَلَيَّ الْمَوْتَ إِنِّي أُرِيتُكِ زَوْجَتِي فِي الْجَنَّةِ. [أبو حنيفة في مسنده، طب، أبو يوسسف في الآثار، الضعيفة (6011)].
(Lemah) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya kematian itu benar-benar telah diringankan ke atasku kerana aku diperlihatkan kamu, isteriku di syurga. [Riwayat Abu Hanifah dalam Musnadnya, riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, riwayat Abu Yusuf dalam al-Athar. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no.6011].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman