TEKS BAHASA ARAB
إن الغضب يفسد الإيمان كما يفسد الصبر العسل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya kemarahan merosakkan iman sama seperti kesabaran yang merosakkan madu.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 25, hadis nombor 76. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاوية بن حيدة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن الغضب يفسد الإيمان كما يفسد الصبر العسل)).
[تمام، ((الضعيفة)) (1918)]
(Lemah) Daripada Mu’awiyah bin Haidah RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya kemarahan merosakkan iman sama seperti kesabaran yang merosakkan madu.
[Riwayat Tammam. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.1918]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.