Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الغضَبَ يُفسدُ الإيمانَ كما يُفسِدُ الصَّبرُ العَسلَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya kemarahan merosakkan iman sama seperti kesabaran yang merosakkan madu.
Sahabat Perawi
- Mu‘awiyah bin Haidah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 25, hadis no. 76. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاوية بن حيدة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن الغضب يفسد الإيمان كما يفسد الصبر العسل)). [تمام، ((الضعيفة)) (1918)]
(Daif) Daripada Mu’awiyah bin Haidah RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya kemarahan merosakkan iman sama seperti kesabaran yang merosakkan madu. [Riwayat Tamam. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1918]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman