Sesungguhnya kemarahan itu boleh merosakkan iman

TEKS BAHASA ARAB

إن الغضب يفسد الإيمان كما يفسد الصبر العسل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya kemarahan itu boleh merosakkan iman seperti mana perahan pokok yang pahit boleh merosakkan madu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 456, hadis nombor 2445. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاوية بن حيدة – رضي الله عنه – مرفوعا: «إن الغضب يفسد الإيمان كما يفسد الصبر العسل». [تمام، أبو القاسم الهمداني في «الفوائد»، هب، «الضعيفة» (1918)].

(Lemah) Daripada Mu’awiyah bin Haydah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Sesungguhnya kemarahan itu boleh merosakkan iman seperti mana perahan pokok yang pahit boleh merosakkan madu.” [Riwayat Tammam, Abu al-Qasim al-Hamdani dalam al-Fawa'id dan al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1918].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs