Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya kemarahan itu boleh merosakkan iman

Teks Bahasa Arab

إنَّ الغضَبَ يُفسدُ الإيمانَ كما يُفسِدُ الصَّبرُ العَسلَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya kemarahan itu boleh merosakkan iman seperti mana perahan pokok yang pahit boleh merosakkan madu.

Sahabat Perawi

  1. Mu’awiyah bin Haydah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 456, hadis no. 2445.

(ضعيف) عن معاوية بن حيدة - رضي الله عنه - مرفوعا: «إن الغضب يفسد الإيمان كما يفسد الصبر العسل». [تمام، أبو القاسم الهمداني في «الفوائد»، هب، «الضعيفة» (1918)].

(Lemah) Daripada Mu’awiyah bin Haydah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Sesungguhnya kemarahan itu boleh merosakkan iman seperti mana perahan pokok yang pahit boleh merosakkan madu.” [Riwayat Tammam, Abu al-Qasim al-Hamdani dalam al-Fawa'id dan al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1918].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.