Sesungguhnya keluarga Nabi akan mengurangkan makan, lalu rumah-rumah mereka menjadi terang-benderang

TEKS BAHASA ARAB

إن أهل البيت ليقل طعمهم، فتستنير بيوتهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya keluarga Nabi akan mengurangkan makan, lalu rumah-rumah mereka menjadi terang-benderang.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 384, hadis nombor 2033. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعاً: «إن أهل البيت ليقل طعمهم، فتستنير بيوتهم». [ابن أبي الدنيا في «الجوع»، عق، ابن الجوزي، طس، «الضعيفة» (166)].

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesungguhnya keluarga Nabi akan mengurangkan makan, lalu rumah-rumah mereka menjadi terang-benderang". [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Ju‘, al-‘Uqayli, Ibn al-Jawzi, Ibn ‘Adi dan al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 166].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs