Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya kelak dibukakan buat kamu tanah bangsa bukan arab dan kamu akan menemui di sana rumah-rumah kecil yang dipanggil al-hammamat

Teks Bahasa Arab

إِنَّهَا سَتُفْتَحُ لَكُمْ أَرْضُ الْعَجَمِ، وَسَتَجِدُونَ فِيهَا بُيُوتًا يُقَالُ لَهَا: الْحَمَّامَاتُ، فَلَا يَدْخُلَنَّهَا الرِّجَالُ إِلَّا بِالْأُزُرِ، وَامْنَعُوهَا النِّسَاءَ، إِلَّا مَرِيضَةً أَوْ نُفَسَاءَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya kelak akan dibukakan buat kamu tanah bangsa bukan arab dan kamu akan menemui di sana rumah-rumah kecil yang dipanggil al-hammamat (rumah mandi awam). Maka janganlah orang lelaki memasukinya melainkan dengan kain (menutupi bahagian yang aurat), dan halanglah para wanita dari memasukinya melainkan wanita yang sakit atau yang sedang bernifas (yang masuk untuk tujuan berubat).

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1645, hadis no. 8317. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن عمرو -رضي الله عنهما-، قال : قال صلى الله عليه وسلم: ((إنها ستفتح لكم أرض العجم، وستجدون فيها بيوتا يقال لها: الحمامات، فلا يدخلنها الرجال إلا بالأزر، وامنعوها النساء، إلا مريضة أو نفساء)). [د، هـ، هق، هب، طب، عب، عبد بن حميد، الخطيب في ((الموضح))، ((الضعيفة)) (6819)].

(Lemah) Daripada Abdullah Bin Amr RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya kelak akan dibukakan buat kamu tanah bangsa bukan arab dan kamu akan menemui di sana rumah-rumah kecil yang dipanggil al-hammamat (rumah mandi awam). Maka janganlah orang lelaki memasukinya melainkan dengan kain (menutupi bahagian yang aurat), dan halanglah para wanita dari memasukinya melainkan wanita yang sakit atau yang sedang bernifas (yang masuk untuk tujuan berubat).)) [Riwayat Abu Daud dalam sunannya, Ibn Majah dalam sunannya, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra dan Shu’ab al-Iman,al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, Abd al-Razzaq dalam musannafnya, Abd Bin Humaid, dan al-Khatib dalam al-Muwaddih. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6819].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.