Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ مَحَاسِنَ الْأَخْلَاقِ مَخْزُونَةٌ عِنْدَ اللَّهِ، فَإِذَا أَحَبَّ اللهُ عَبْدًا؛ مَنَحَهُ خُلُقاً حَسَناً.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya keindahan akhlak itu tersimpan di sisi Allah. Jika Allah mencintai seseorang, Dia akan mengurniakan kepadanya akhlak yang baik.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1108, hadis no. 5613. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن رجال قالوا: قال صلى الله عليه وسلم: إِنَّ مَحَاسِنَ الْأَخْلَاقِ مَخْزُونَةٌ عِنْدَ اللَّهِ فَإِذَا أَحَبَّ اللهُ عَبْدًا، مَنَحَهُ خُلُقًا حَسَنًا. [ابن أبي الدنيا في الأخلاق، الضعيفة (7118)].
(Lemah) Daripada beberapa orang lelaki, mereka berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya keindahan akhlak itu tersimpan di sisi Allah. Jika Allah mencintai seseorang, Dia akan mengurniakan kepadanya akhlak yang baik. [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Akhlaq. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 7118]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman