Sesungguhnya kedudukan ahli syurga yang paling rendah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن أدنى أهل الجنة منزلة: إن له لسبع درجات، وهو على السادسة – وفوقه السابعة – وإن له ثلاثمائة خادم، ويغدى عليه ويراح كل يوم بثلاث مائة صحفة – ولا أعلمه إلا، قال: من ذهب -، في كل صحفة لون ليس في الأخرى، وإنه ليلذ أوله كما يلذ آخره، وإنه ليقول: يا رب! يا رب! لو أذنت لي لأطعمت أهل الجنة وسقيتهم لم ينقص مما عندي شيء، وإن له من الحور العين لاثنتين وسبعين زوجة سوى أزواجه من الدنيا وأن الواحدة منهن ليأخذ مقعدها قدر ميل من الأرض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya kedudukan ahli syurga yang paling rendah: Syurga itu mempunyai tujuh darjat, dan kedudukan ahli syurga yang paling rendah itu pada syurga keenam -dan di atasnya syurga ketujuh-. Ahli syurga itu memiliki 300 orang hamba, dibawa datang dan pergi kepadanya 300 mangkuk -dan aku tidak mengetahuinya melainkan baginda berkata: Daripada emas! Setiap mangkuk itu mempunyai warna tersendiri yang tiada pada mangkuk lain. Dia menikmati hidangan pertama sama seperti dia menikmati hidangan yang terakhir. Dan dia berkata: “Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Jika Kau izinkan aku, aku akan memberi makan dan minum kepada semua ahli syurga, dan tidak akan berkurang sedikit pun apa yang ada padaku.” Dan dia memiliki 72 isteri al-Hur al-‘Ain, tidak termasuk para isterinya di dunia. Dan setiap seorang daripada mereka mengambil tempat duduk yang panjangnya berukuran satu batu di bumi.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2052, hadis nombor 10320. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: إن أدنى أهل الجنة منزلة: إن له لسبع درجات، وهو على السادسة – وفوقه السابعة – وإن له ثلاثمائة خادم، ويغدى عليه ويراح كل يوم بثلاث مائة صحفة – ولا أعلمه إلا، قال: من ذهب -، في كل صحفة لون ليس في الأخرى، وإنه ليلذ أوله كما يلذ آخره، وإنه ليقول: يا رب! يا رب! لو أذنت لي لأطعمت أهل الجنة وسقيتهم لم ينقص مما عندي شيء، وإن له من الحور العين لاثنتين وسبعين زوجة سوى أزواجه من الدنيا وأن الواحدة منهن ليأخذ مقعدها قدر ميل من الأرض. [حم، ((الضعيفة)) (6105)]

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya kedudukan ahli syurga yang paling rendah: Syurga itu mempunyai tujuh darjat, dan kedudukan ahli syurga yang paling rendah itu pada syurga keenam -dan di atasnya syurga ketujuh-. Ahli syurga itu memiliki 300 orang hamba, dibawa datang dan pergi kepadanya 300 mangkuk -dan aku tidak mengetahuinya melainkan baginda berkata: Daripada emas! Setiap mangkuk itu mempunyai warna tersendiri yang tiada pada mangkuk lain. Dia menikmati hidangan pertama sama seperti dia menikmati hidangan yang terakhir. Dan dia berkata: “Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Jika Kau izinkan aku, aku akan memberi makan dan minum kepada semua ahli syurga, dan tidak akan berkurang sedikit pun apa yang ada padaku.” Dan dia memiliki 72 isteri al-Hur al-‘Ain, tidak termasuk para isterinya di dunia. Dan setiap seorang daripada mereka mengambil tempat duduk yang panjangnya berukuran satu batu di bumi.
[Riwayat Ahmad dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6105]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.