Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ أدنَى أهْلِ الجنَّةِ مَنزلةً: إنَّ لَهُ لسبعَ درجاتٍ، وَهوَ علَى السَّادسةِ - وفَوقَهُ السَّابعةُ - وإنَّ لَهُ ثلاثَمائةِ خادمٍ، ويُغدَى علَيهِ ويُراحُ كلَّ يومٍ بثلاثِ مائةِ صَحفَةٍ - ولا أعلمُهُ إلَّا، قالَ: مِن ذَهَبٍ -، في كلِّ صَحفَةٍ لَونٌ ليسَ في الأُخرَى، وأنَّهُ ليلذُّ أوَّلَهُ كما يلذُّ آخرَهُ، وأنَّهُ ليقولُ: يا ربِّ! يا ربِّ! لَو أذِنتَ لي لأطعمتُ أهْلَ الجنَّةِ وسقَيتُهُم لم ينقُصْ ممَّا عندي شيءٌ، وإنَّ لَهُ منَ الحورِ العينِ لاثنتَينِ وسبعينَ زَوجةً سِوَى أزواجِهِ منَ الدُّنيا وأنَّ الواحدةَ منهنَّ ليأخذُ مَقعدُها قدرَ ميلٍ منَ الأرضِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya kedudukan ahli syurga yang paling rendah: Syurga itu mempunyai tujuh darjat, dan kedudukan ahli syurga yang paling rendah itu pada syurga keenam -dan di atasnya syurga ketujuh-. Ahli syurga itu memiliki 300 orang hamba, dibawa datang dan pergi kepadanya 300 mangkuk -dan aku tidak mengetahuinya melainkan baginda berkata: Daripada emas! Setiap mangkuk itu mempunyai warna tersendiri yang tiada pada mangkuk lain. Dia menikmati hidangan pertama sama seperti dia menikmati hidangan yang terakhir. Dan dia berkata: Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Jika Kau izinkan aku, aku akan memberi makan dan minum kepada semua ahli syurga, dan tidak akan berkurang sedikit pun apa yang ada padaku. Dan dia memiliki 72 isteri al-Hur al-‘Ain, tidak termasuk para isterinya di dunia. Dan setiap seorang daripada mereka mengambil tempat duduk yang panjangnya berukuran satu batu di bumi.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2052, hadis no. 10320. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya kedudukan ahli syurga yang paling rendah: Syurga itu mempunyai tujuh darjat, dan kedudukan ahli syurga yang paling rendah itu pada syurga keenam -dan di atasnya syurga ketujuh-. Ahli syurga itu memiliki 300 orang hamba, dibawa datang dan pergi kepadanya 300 mangkuk -dan aku tidak mengetahuinya melainkan baginda berkata: Daripada emas! Setiap mangkuk itu mempunyai warna tersendiri yang tiada pada mangkuk lain. Dia menikmati hidangan pertama sama seperti dia menikmati hidangan yang terakhir. Dan dia berkata: Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Jika Kau izinkan aku, aku akan memberi makan dan minum kepada semua ahli syurga, dan tidak akan berkurang sedikit pun apa yang ada padaku. Dan dia memiliki 72 isteri al-Hur al-‘Ain, tidak termasuk para isterinya di dunia. Dan setiap seorang daripada mereka mengambil tempat duduk yang panjangnya berukuran satu batu di bumi. [Riwayat Ahmad dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6105]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman