Sesungguhnya kedua-dua roh dua orang yang beriman pasti bertemu pada jarak perjalanan sehari

TEKS BAHASA ARAB

إن روحي المؤمنين ليلتقيان على مسيرة يوم، وما رأى أحدهما صاحبه قط.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya kedua-dua roh dua orang yang beriman pasti bertemu pada jarak perjalanan sehari, sedangkan salah seorang daripada keduanya belum melihat akan temannya sama sekali.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1982, hadis nombor 9921. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو بن العاص -رضي الله عنهما- عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال: ((إن روحي المؤمنين ليلتقيان على مسيرة يوم، وما رأى أحدهما صاحبه قط)).
[ابن وهب، ابن سعد، ((الضعيفة)) (1947)]

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ās RA, daripada Rasulullah SAW bahawasanya baginda bersabda: Sesungguhnya kedua-dua roh dua orang yang beriman pasti bertemu pada jarak perjalanan sehari, sedangkan salah seorang daripada keduanya belum melihat akan temannya sama sekali.
[Riwayat Ibn Wahb dalam al-Jāmi‘, Ibn Sa‘d dalam al-Ṭabaqāt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1947]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs