Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya kedua-dua roh dua orang yang beriman pasti bertemu pada jarak perjalanan sehari

Teks Bahasa Arab

إنَّ رُوحَي المؤمِنَينِ لَيلتَقيانِ علَى مَسيرةِ يومٍ، وما رأى أحدُهُما صاحبَهُ قطُّ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya kedua-dua roh dua orang yang beriman pasti bertemu pada jarak perjalanan sehari, sedangkan salah seorang daripada keduanya belum melihat akan temannya sama sekali.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1982, hadis no. 9921. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو بن العاص -رضي الله عنهما- عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال: ((إن روحي المؤمنين ليلتقيان على مسيرة يوم، وما رأى أحدهما صاحبه قط)). [ابن وهب، ابن سعد، ((الضعيفة)) (1947)]

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ās RA, daripada Rasulullah SAW bahawasanya baginda bersabda: Sesungguhnya kedua-dua roh dua orang yang beriman pasti bertemu pada jarak perjalanan sehari, sedangkan salah seorang daripada keduanya belum melihat akan temannya sama sekali. [Riwayat Ibn Wahb dalam al-Jāmi‘, Ibn Sa‘d dalam al-Ṭabaqāt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1947]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.