Sesungguhnya kebodohan yang paling bodoh dan kesesatan yang paling sesat ialah suatu kaum yang meninggalkan apa yang dibawa oleh nabi mereka

TEKS BAHASA ARAB

إن أحمق الحمق وأضل الضلالة قوم رغبوا عما جاء به نبیهم إلى نبي غير نبيهم، وإلى أمة غير أمتهم. ثم أنزل الله – عز وجل -: {أَوَ لَمۡ يَكۡفِهِمۡ أَنَّآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ يُتۡلَىٰ عَلَيۡهِمۡۚ}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya kebodohan yang paling bodoh dan kesesatan yang paling sesat ialah suatu kaum yang meninggalkan apa yang dibawa oleh nabi mereka (lalu beralih) kepada (apa yang dibawa oleh) nabi selain nabi mereka dan umat selain umat mereka. Kemudian Allah Azzawajalla menurunkan (ayat): "Tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu al-Quran yang dibacakan kepada mereka?".

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 518, hadis nombor 2749. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: كان ناس من أصحاب النبي ﷺ يكتبون من التوراة، فذكروا له، فقال: «إن أحمق الحمق وأضل الضلالة قوم رغبوا عما جاء به نبیهم إلى نبي غير نبيهم، وإلى أمة غير أمتهم. ثم أنزل الله – عز وجل -: {أَوَ لَمۡ يَكۡفِهِمۡ أَنَّآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ يُتۡلَىٰ عَلَيۡهِمۡۚ}». [الإسماعيلي، الخطيب في «الموضح»، «الضعيفة» (5865)].

(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Pernah sebahagian sahabat-sahabat Nabi ﷺ ada menulis daripada (kandungan) Taurat, kemudian mereka menceritakan (perkara tersebut) kepada baginda ﷺ. Baginda pun bersabda: Sesungguhnya kebodohan yang paling bodoh dan kesesatan yang paling sesat ialah suatu kaum yang meninggalkan apa yang dibawa oleh nabi mereka (lalu beralih) kepada (apa yang dibawa oleh) nabi selain nabi mereka dan umat selain umat mereka. Kemudian Allah Azzawajalla menurunkan (ayat): "Tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu al-Quran yang dibacakan kepada mereka?". [Riwayat al-'Isma'ili dalam Mu'jam al-Shuyukh dan al-Khatib dalam al-Muwaddih. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5865].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.