Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya kebijaksanaan itu menambahkan lagi kemuliaan kepada orang yang mulia

Teks Bahasa Arab

إنّ الحكمةَ تزيدُ الشريفَ شرفًا، وترفعُ العبدَ المملوك حتى تُجْلسَه مجلسَ الملوك.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya kebijaksanaan itu menambahkan lagi kemuliaan kepada orang yang mulia dan mengangkat hamba hingga menduduki tempat raja-raja.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1254, hadis no. 6408. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: إن الحكمة تزيد الشريف شرفا، وترفع العبد المملوك حتى تجلسه مجلس الملوك. [حل، ((الضعيفة)) (2995)].

(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya kebijaksanaan itu menambahkan lagi kemuliaan kepada orang yang mulia dan mengangkat hamba hingga menduduki tempat raja-raja. [Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.2995]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.