Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya kebanyakan orang yang mati syahid dalam kalangan umatku ialah yang mati di kati

Teks Bahasa Arab

إنَّ أكثرَ شهداءِ أُمَّتي لأصحابُ الفُرُشِ، ورُبَّ قتيلٍ بينَ الصفينِ اللهُ أعلمُ بنيَّتِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya kebanyakan orang yang mati syahid dalam kalangan umatku ialah yang mati di katil. Boleh jadi yang mati di medan perang, tetapi hanya Allah lebih tahu niatnya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Muhammad sahabat ibn Mas’ud

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 988, hadis no. 5090. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

5090-70- (ضعيف) عن إبراهيم بن عبيد بن رفاعة أن أبا محمد أخبره - وكان من أصحاب ابن مسعود -: حدثه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه ذكر عنده الشهداء، فقال: إن ‌أكثر ‌شهداء أمتي لأصحاب الفرش، ورب قتيل بين الصفين الله أعلم بنيته. [حم، ((الضعيفة)) (2988)]

(Dhaif) Daripada Ibrahim bin Ubaid bin Rifa’ah, bahawasanya Abu Muhammad memberitahunya – beliau adalah seorang sahabat ibn Mas’ud: Beliau memberitahunya daripada Rasullah SAW bahawa pernah disebutkan kepada baginda tentang orang-orang yang mati syahid, lalu baginda berkata: Sesungguhnya kebanyakan orang yang mati syahid dalam kalangan umatku ialah yang mati di katil. Boleh jadi yang mati di medan perang, tetapi hanya Allah lebih tahu niatnya. [Riwayat Ahmad. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2988]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.