Sesungguhnya kebanyakan orang yang akan mendapat syafaat dari kalangan umatku adalah daripada kabilah Rabiah dan Mudhar

TEKS BAHASA ARAB

إن من أمتي لمن يشفع لأكثر من ربيعة ومضر وإن من أمتي لمن يعظم للنار حتى يكون زاوية من زواياها. وما من مسلمين يموت لهما أربعة من الولد إلا أدخلهما الله الجنة بفضل رحمته إياهم أو ثلاثة أو اثنان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya kebanyakan orang yang akan mendapat syafaat dari kalangan umatku adalah daripada kabilah Rabi’ah dan Mudhar. Dan sesungguhnya ada dalam kalangan umatku yang mana akan memenuhi neraka hingga menjadi salah satu sudut neraka. Tidaklah dua orang Islam (iaitu suami isteri) yang meninggal dunia, mereka berdua mempunyai empat orang anak, tiga atau dua, melainkan Allah akan masukkan mereka berdua ke dalam syurga dengan kurniaan rahmat-Nya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 83, hadis nombor 65. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه ابن ماجة (4323) والبخاري في الكبير (1/ 2/ 261) وأحمد (4/ 212) وابنه في زوائد المسند (5/ 312- 313) وابن خزيمة في التوحيد (313- 314) والطبراني في الكبير (ج 3/ رقم 3359، 3360، 3361، 3362، 3363، 3364، 3365، 3366) وأبو يعلى في مسنده (ج 3/ رقم 1581) والحاكم (1/ 71 و4/ 593) من طريق داود بن أبي هند، عن عبد الله بن قيس، عن الحارث بن أقيش عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم فذكره. وهو عند بعضهم مختصر. قال الحاكم: صحيح على شرط مسلم ووافقه الذهبي في الموضع الأول، وسكت في الثاني.
قلت: وهما في ذلك، لا سيما الذهبي لأنه أورد عبد الله بن قيس في الميزان وقال: تفرد عنه داود بن أبي هند فهو مجهول العين والصفة. وقال الحافظ في التقريب : مجهول ومع ذلك فقد قال في الإصابة (1/ 562) : إسناده صحيح. فسبحان من لا يسهو. وقال البخاري عقب تخريجه: إسناده ليس بذاك المشهور. وقال علي بن المديني: عبد الله بن قيس الذي روى عنهُ داود بن أبي هند، سمع الحارث بن وقيش، وعنه داود بن أبي هند، مجهول لم يرو عنهُ غير داود، وليس إسناده بالصافي. أ. هـ‍.

Dha’if (lemah). Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Ibn Majah (4323), al-Bukhari dalam al-Tarikh (1/2/261), Ahmad (4/212) dan anak beliau dalam Zawaid al-Musnad (5/312-313), Ibn Khuzaimah dalam al-Tauhid (313-314), al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 3/hadith : 3359, 3360, 3361, 3362, 3363, 3364, 3365, 3366), Abu Ya’la dalam Musnad beliau (juz 3/hadith : 1581), dan al-Hakim (1/71, 4/593) melalui sanad Daud bin Abi Hind daripada Abd Allah bin Qais daripada al-Harith bin Uqaish daripada Nabi SAW, lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut. Hadith itu dalam riwayat sebahagian mereka adalah secara ringkas. Al-Hakim berkata: "Sahih berdasarkan syarat Muslim", ianya dipersetujui oleh al-Zahabi dalam satu tempat, dan ditempat yang kedua al-Zahabi berdiam diri.
Saya berkata: "Mereka berdua (al-Hakim dan al-Zahabi) telah terkeliru dalam penilaian tersebut, terutamanya al-Zahabi, kerana beliau telah memasukkan Abd Allah bin Qais dalam al-Mizan seraya berkata: "Daud bin Abi Hind bersendirian meriwayatkan daripada beliau". Maka beliau seorang yang Majhul al-‘Ain (tidak diketahui identiti) dan Majhul al-Sifah (tidak diketahui sifat). Al-Hafiz berkata dalam al-Taqrib: "Majhul", pun begitu, dalam al-Isabah (1/562) al-Hafiz berkata: "Sanadnya sahih". Mahasuci Allah Tuhan yang tidak lupa. Al-Bukhhari berkata telah mengemukan hadith tersebut: "Sanadnya tidak masyhur". ‘Ali bin al-Madini berkata: "Abd Allah bin Qais adalah perawi yang hadithnya diriwayatkan oleh Daud bin Abi Hind. Beliau telah mendengar hadith daripada al-Harith bin Uqaish. Daud bin Abi Hind telah meriwayatkan daripada beliau. Beliau seorang yang Majhul, tidak ada yang meriwayatkan daripada beliau selain Daud, sanadnya tidak bersih".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs