Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya kebahagiaan yang jitu ialah panjangnya umur dalam ketaatan

Teks Bahasa Arab

إنَّ السَّعادةَ كلَّ السَّعادةِ طولُ العمُرِ في طاعةِ اللهِ -عزَّ وجلَّ-.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya kebahagiaan yang jitu ialah panjangnya umur dalam ketaatan kepada Allah SWT.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1826, hadis no. 9206. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالمطلب عن أبيه –رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن السعادة كل السعادة طولَ العمر في طاعة الله –عزّ وجل-)) . [خط، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (3008)]

(Lemah) Daripada Abdul Muthalib daripada ayahnya RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya kebahagiaan yang jitu ialah panjangnya umur dalam ketaatan kepada Allah SWT. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Dhiya’ dalam al-Muntaqa min Masmu’atihi bimarwi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3008]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.