Sesungguhnya keaiban dan kecelaan itu akan menyebabkan anak Adam

TEKS BAHASA ARAB

إن العار والتخزية يبلغ من ابن آدم في المقام بين يدي الله ما يتمنى العبد أن يؤمر به إلى النار ويتحول من ذلك المقام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya keaiban dan kecelaan itu akan menyebabkan anak Adam, ketika dia menghadap di hadapan Allah, sampai kepada suatu tahap hamba tersebut berharap agar dia diperintahkan untuk dibawa kepada api neraka dan dia berpindah daripada tempat itu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 502, hadis nombor 2686. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن جابر بن عبد الله – رضي الله عنه – أن رسول الله ﷺ قال: «إِنَّ الْعَارَ وَالتَّخْزِيَةَ يَبْلُغُ مِنِ ابْنِ آدَمَ فِي الْمَقَامِ بَيْنَ يَدَي اللهِ مَا يَتَمَنَّى الْعَبْدُ أَنْ يُؤْمَرَ بِهِ إِلَى النَّارِ وَيَتَحَوَّل مِنْ ذَلِكَ الْمَقَامِ». [عد، «الضعيفة» (5011)].

(Sangat Lemah) Daripada Jabir bin Abdullah RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya keaiban dan kecelaan itu akan menyebabkan anak Adam, ketika dia menghadap di hadapan Allah, sampai kepada suatu tahap hamba tersebut berharap agar dia diperintahkan untuk dibawa kepada api neraka dan dia berpindah daripada tempat itu". [Riwayat Ibnu 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5011].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs