Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ الْعَارَ وَالتَّخْزِيَةَ يَبْلُغُ مِنِ ابْنِ آدَمَ فِي الْمَقَامِ بَيْنَ يَدَي اللهِ مَا يَتَمَنَّى الْعَبْدُ أَنْ يُؤْمَرَ بِهِ إِلَى النَّارِ وَيَتَحَوَّل مِنْ ذَلِكَ الْمَقَامِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya keaiban dan kecelaan itu akan menyebabkan anak Adam, ketika dia menghadap di hadapan Allah, sampai kepada suatu tahap hamba tersebut berharap agar dia diperintahkan untuk dibawa kepada api neraka dan dia berpindah daripada tempat itu.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 502, hadis no. 2686.
(ضعيف جدا) عن جابر بن عبد الله - رضي الله عنه - أن رسول الله ﷺ قال: «إِنَّ الْعَارَ وَالتَّخْزِيَةَ يَبْلُغُ مِنِ ابْنِ آدَمَ فِي الْمَقَامِ بَيْنَ يَدَي اللهِ مَا يَتَمَنَّى الْعَبْدُ أَنْ يُؤْمَرَ بِهِ إِلَى النَّارِ وَيَتَحَوَّل مِنْ ذَلِكَ الْمَقَامِ». [عد، «الضعيفة» (5011)].
(Sangat Lemah) Daripada Jabir bin Abdullah RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya keaiban dan kecelaan itu akan menyebabkan anak Adam, ketika dia menghadap di hadapan Allah, sampai kepada suatu tahap hamba tersebut berharap agar dia diperintahkan untuk dibawa kepada api neraka dan dia berpindah daripada tempat itu". [Riwayat Ibnu 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5011].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman