Sesungguhnya keaiban akan melazimi seseorang pada hari kiamat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن العار ليلزم المرء يوم القيامة حتى يقول: يا رب لإرسالك بي إلى النار ‌أيسر ‌علي مما ألقى – وإنه ليعلم ما فيها -؛ من شدة العذاب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya keaiban akan melazimi seseorang pada hari kiamat sehingga dia berkata: Wahai Tuhan, engkau menghantarku ke neraka lebih mudah bagiku berbanding apa yang ditimpakan kepadaku sekarang–dan dia mengetahui apa yang ada di dalamnya– disebabkan kedahsyatan azab.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 662, hadis nombor 3415. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إن العار ليلزم المرء يوم القيامة حتى يقول: يا رب لإرسالك بي إلى النار ‌أيسر ‌علي مما ألقى – وإنه ليعلم ما فيها-؛ من شدة العذاب)). [ك، ع، ((الضعيفة)) (3026)]

(Munkar) Daripada Jabir bin Abdullah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya keaiban akan melazimi seseorang pada hari kiamat sehingga dia berkata: Wahai Tuhan, engkau menghantarku ke neraka lebih mudah bagiku berbanding apa yang ditimpakan kepadaku sekarang–dan dia mengetahui apa yang ada di dalamnya– disebabkan kedahsyatan azab.” [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Abu Ya’la dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3026]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.