Sesungguhnya keadaan di mana Allah SWT sangat mengasihani hamba-Nya adalah di saat hamba tersebut diletakkan di dalam lubang kuburnya

TEKS BAHASA ARAB

إِن أرْحم مَا يكون الله بِالْعبد إِذا وضع فِي حفرته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya keadaan di mana Allah SWT sangat mengasihani hamba-Nya adalah di saat hamba tersebut diletakkan di dalam lubang kuburnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1728, hadis nombor 8690. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إِن أرْحم مَا يكون الله بِالْعبد إِذا وضع فِي حفرته.)) [فر، ((الضعيفة)) (2152)].

(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfu’- disandarkan kepada Nabi SAW: ((Sesungguhnya keadaan di mana Allah SWT sangat mengasihani hamba-Nya adalah di saat hamba tersebut diletakkan di dalam lubang kuburnya.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2152].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.