Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِن أرْحم مَا يكون الله بِالْعَبدِ إِذا وضع فِي حفرته.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya keadaan di mana Allah SWT sangat mengasihani hamba-Nya adalah di saat hamba tersebut diletakkan di dalam lubang kuburnya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1728, hadis no. 8690. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إِن أرْحم مَا يكون الله بِالْعبد إِذا وضع فِي حفرته.)) [فر، ((الضعيفة)) (2152)].
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu'- disandarkan kepada Nabi SAW: ((Sesungguhnya keadaan di mana Allah SWT sangat mengasihani hamba-Nya adalah di saat hamba tersebut diletakkan di dalam lubang kuburnya.)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2152].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman