Sesungguhnya kaum Ansar penuh dengan hiburan

TEKS BAHASA ARAB

إن الأنصار قوم فيهم غزل، فلو بعثتم معها مَن يقول: أتيناكم أتيناكم، فحيانا وحياكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya kaum Ansar penuh dengan hiburan. Sekiranya kalian mengutuskan penyanyi bersamanya yang menyanyikan: Kami telah datang padamu, kami telah datang padamu, maka cerialah kami, cerialah kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1819, hadis nombor 9166. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: أنكحت عائشة ذات قرابة لها من الأنصار، فجاء رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: ((أهديتم الفتاة؟)) قالوا: نعم، قال: ((أرسلتم معها من يغني؟)) قالت: لا، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن الأنصار قوم فيهم غزل، فلو بعثتم معها مَن يقول: أتيناكم أتيناكم، فحيانا وحياكم)). [ه، الطحاوي في ((المشكل))، ((الضعيفة)) (2981)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: ‘Āishah RA menikahkan kerabatnya daripada kaum Ansar. Maka Rasulullah SAW datang dan bertanya: “Adakah kalian memberikan hadiah kepada gadis itu?” Orang ramai menjawab: Ya. Baginda bertanya lagi: “Adakah kalian menghantar bersama pengantin perempuan itu penyanyi?” ‘Āishah RA menjawab: Tidak. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya kaum Ansar penuh dengan hiburan. Sekiranya kalian mengutuskan penyanyi bersamanya yang menyanyikan: Kami telah datang padamu, kami telah datang padamu, maka cerialah kami, cerialah kamu”. [Riwayat Ibn Mājah dalam al-Sunan, al-Ṭaḥāwī dalam Musykil al-Āthār. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2981]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs