Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الأنصارَ قومٌ فيهم غَزَلٌ، فلو بعثتُم معها منْ يقولُ: أتيناكُم أتيناكُمْ، فحيَّانا وحيَّاكُمْ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya kaum Ansar penuh dengan hiburan. Sekiranya kalian mengutuskan penyanyi bersamanya yang menyanyikan: Kami telah datang padamu, kami telah datang padamu, maka cerialah kami, cerialah kamu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1819, hadis no. 9166. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: أنكحت عائشة ذات قرابة لها من الأنصار، فجاء رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: ((أهديتم الفتاة؟)) قالوا: نعم، قال: ((أرسلتم معها من يغني؟)) قالت: لا، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن الأنصار قوم فيهم غزل، فلو بعثتم معها مَن يقول: أتيناكم أتيناكم، فحيانا وحياكم)). [ه، الطحاوي في ((المشكل))، ((الضعيفة)) (2981)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: ‘Āishah RA menikahkan kerabatnya daripada kaum Ansar. Maka Rasulullah SAW datang dan bertanya: “Adakah kalian memberikan hadiah kepada gadis itu?” Orang ramai menjawab: Ya. Baginda bertanya lagi: “Adakah kalian menghantar bersama pengantin perempuan itu penyanyi?” ‘Āishah RA menjawab: Tidak. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya kaum Ansar penuh dengan hiburan. Sekiranya kalian mengutuskan penyanyi bersamanya yang menyanyikan: Kami telah datang padamu, kami telah datang padamu, maka cerialah kami, cerialah kamu”. [Riwayat Ibn Mājah dalam al-Sunan, al-Ṭaḥāwī dalam Musykil al-Āthār. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2981]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman