Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang menyukai dendangan dan nyanyian

TEKS BAHASA ARAB

إن الأنصار قوم فيهم غزل، فلو بعثتم معها من يقول: أتيناكم أتيناكم، فحيانا وحياكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang menyukai dendangan dan nyanyian, jika kamu menghantar untuk seseorang berkata: kami bawakan kepada anda- kami bawakan kepada anda, maka mereka menjawab “Allah menjaga kami dan kamu”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 931, hadis nombor 4791. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: أنكحت عائشة ذات قرابة لها من الأنصار، فجاء رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فقال: ((أهديتم الفتاة؟)) قالوا: نعم، قال: ((أرسلتم معها من يغني؟)) قالت: لا، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إن الأنصار قوم فيهم غزل، فلو بعثتم معها من يقول: أتيناكم أتيناكم، فحيانا وحياكم)).
[ه، الطحاوي في ((المشكل))، ((الضعيفة)) (2981)].

(Lemah)
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA, berkata: Aisyah mempunyai kerabat terdekat yang bernikah dengan seorang Ansar, kemudian datang Rasullulah SAW dan bertanya: “Adakah kamu diberi hadiah daripada wanita tersebut?” Mereka berkata: “Ya”. Rasulullah SAW bertanya lagi: “Adakah kamu dihantar bersama seseorang untuk menyanyi? Dia berkata: “Tidak”. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang menyukai dendangan dan nyanyian, jika kamu menghantar untuk seseorang berkata: kami bawakan kepada anda- kami bawakan kepada anda, maka mereka menjawab “Allah menjaga kami dan kamu”.
[Riwayat Sunan Ibn Majah, dan al-Thahawi dalam al-Musykil. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2981].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.