Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الأنصارَ قومٌ فيهم غزَلٌ، فلو بعثتُمْ معَهَا مَنْ يقُولُ: أتينَاكُم أتينَاكُم، فحيَّانَا وحيَّاكُم.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang menyukai dendangan dan nyanyian, jika kamu menghantar untuk seseorang berkata: kami bawakan kepada anda- kami bawakan kepada anda, maka mereka menjawab “Allah menjaga kami dan kamu”.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 931, hadis no. 4791. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: أنكحت عائشة ذات قرابة لها من الأنصار، فجاء رسول الله - صلى الله عليه وسلم - فقال: أهديتم الفتاة؟ قالوا: نعم، قال: أرسلتم معها من يغني؟ قالت: لا، فقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: إن الأنصار قوم فيهم غزل، فلو بعثتم معها من يقول: أتيناكم أتيناكم، فحيانا وحياكم. [ه، الطحاوي في المشكل، الضعيفة (2981)].
(Lemah) Diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA, berkata: Aisyah mempunyai kerabat terdekat yang bernikah dengan seorang Ansar, kemudian datang Rasullulah SAW dan bertanya: “Adakah kamu diberi hadiah daripada wanita tersebut?” Mereka berkata: “Ya”. Rasulullah SAW bertanya lagi: “Adakah kamu dihantar bersama seseorang untuk menyanyi? Dia berkata: “Tidak”. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang menyukai dendangan dan nyanyian, jika kamu menghantar untuk seseorang berkata: kami bawakan kepada anda- kami bawakan kepada anda, maka mereka menjawab “Allah menjaga kami dan kamu”. [Riwayat Sunan Ibn Majah, dan al-Thahawi dalam al-Musykil. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2981].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman