Sesungguhnya kamu tidak meninggalkan kami walau sedikit pun (untuk kami melebihkan dalam jawapan balas)

TEKS BAHASA ARAB

إنك لم تدع لنا شيئا، قال الله: ((وإذا حييتم بتحية فحيوا بِأحسن منها أو ردوها))، فرددناها عليك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya kamu tidak meninggalkan kami walau sedikit pun (untuk kami melebihkan dalam jawapan balas). Allah berfirman: ((Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa))). Maka kami pun sekadar membalasnya (ucapan yang sama) untuk kamu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 218, hadis nombor 1160. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن سلمان الفارسي – رضي الله عنه -، قال: جاء رجل إلى النبي – صلى الله عليه وسلم – فقال: السلام عليك يا رسول الله! فقال: "وعليك [السلام] ورحمة الله". ثم جاء آخر فقال: السلام عليك يا رسول الله! ورحمة الله. فقال: "وعليك [السلام] ورحمة الله وبركاته". ثم جاء آخر فقال: السلام عليك يا رسول الله! ورحمة الله وبركاته. فقال له: "وعليك". فقال له الرجل: يا نبي الله! بأبي أنت وأمي؛ أتاك فلان وفلان، فسلما عليك، فرددت عليهما أكثر مما رددت علي؟! فقال: ((إنك لم تدع لنا شيئا، قال الله: (وإذا حييتم بتحية فحيوا بأحسن منها أو ردوها)، فرددناها عليك)). [أحمد في ((الزهد))، طب، خط، ابن جرير، ((الضعيفة)) (5433)]

(Munkar)
Daripada Salman al-Farisi RA beliau berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW lalu berkata : Assalamualaika wahai Rasulullah. Baginda menjawab: "Waalaikassalam Warahmatullah". Kemudian datang seorang yang lain, dia berkata: Assalamualaika wahai Rasulullah. Baginda menjawab: "Waalaikassalam Warahmatullah Wabarakatuh". Kemudian datang seorang yang lain dan berkata: Assalamualaika wahai Rasulullah! Warahmatullah Wabarakatuh. Baginda menjawab: "Wa ‘alaika". Lalu lelaki itu berkata: Wahai Nabi Allah, apa saja untukmu walau ibu bapaku menjadi galang ganti, si fulan dan fulan datang kepadamu dan keduanya memberi salam kepada kamu, lalu kamu menjawab salam keduanya lebih banyak berbanding jawapanmu terhadap salamku? Lalu baginda berkata: Sesungguhnya kamu tidak meninggalkan kami walau sedikit pun (untuk kami melebihkan dalam jawapan balas). Allah berfirman: ((Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa))). Maka kami pun sekadar membalasnya (ucapan yang sama) untuk kamu.
[Riwayat Ahmad dalam al-Zuhd, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 5433]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs