Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya kamu sedang menunjuk-nunjuk

Teks Bahasa Arab

اذكروا اللهَ ذِكْرًا يقولُ المنافقونَ : إنكم تُراؤونَ.

Teks Bahasa Melayu

Berzikirlah kepada Allah dengan zikir yang menyebabkan orang-orang munafik berkata: Sesungguhnya kamu sedang menunjuk-nunjuk.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1406, hadis no. 7133. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: اذكروا الله ذكرا يقول المنافقون: إنكم تراؤون. [طب، حل، ((الضعيفة)) (515)]

(Sangat lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Berzikirlah kepada Allah dengan zikir yang menyebabkan orang-orang munafik berkata: Sesungguhnya kamu sedang menunjuk-nunjuk. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 515]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.