Sesungguhnya kamu Ahlul Bait telah Allah pilih bagi mereka berbanding dunia

TEKS BAHASA ARAB

بينما نحن عند رسول الله صلى الله عليه وسلم إذ أقبل فتية من بني هاشم فلما رآهم النبي صلى الله عليه وسلم اغرورقت عيناه وتغير لونه فقلت: ما نزال نرى في وجهك شيئا نكرهه قال: إنا أهل بيت اختار الله لنا الآخرة على الدنيا وإن أهل بيتي سيلقون بلاء وتشريدا وتطريدا حتى يأتي قوم من أهل المشرق ومعهم رايات سود يسألون الحق فلا يعطونه فيقاتلون فينصرون فيعطون ما سألوا فلا يقبلونه حتى يدفعوها إلى رجل من أهل بيتي فيملؤها قسطا كما ملئت جورا فمن أدرك ذلك منكم فليأتهم ولو حبوا على الثلج.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datanglah sekelompok pemuda daripada Bani Hashim. Apabila baginda SAW melihat mereka, kedua-dua belah matanya dipenuhi air mata. Warna wajah baginda juga berubah. Lalu aku berkata: Mengapa kami masih melihat di wajahmu sesuatu yang tidak disenangi? Baginda bersabda:
Sesungguhnya kamu Ahlul Bait telah Allah pilih bagi mereka berbanding dunia, dan Ahlul Baitku akan menerima ujian selepasku, menjadi buruan dan dikerumuni (musuh), sehingga datang satu kaum dari timur bersama panji-panji hitam.
Mereka meminta diberikan hak tetapi tidak diberikan. Lalu mereka berperang dan mereka menang. Lantas diberikan apa yang mereka minta. Tetapi mereka tidak akan menerimanya sehinggalah ia diberikan kepada seorang lelaki daripada ahli keluargaku.
Lalu dia memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kekejaman sebelum ini. Sesiapa dalam kalangan kamu yang hidup menyaksikan hal itu, maka datangilah mereka sekalipun terpaksa merangkak di atas salji.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 149, hadis nombor 341. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَفِي إِسْنَادِهِ يَزِيدَ بْنِ أَبِي زِيَادٍ وهو سيء الْحِفْظِ اخْتَلَطَ فِي آخِرِ عُمْرِهِ.

Di dalam sanad hadis ini terdapat Yazid bin Ziyad, beliau mempunyai hafalan yang tidak baik, hadisnya bercampur-baur pada akhir umurnya.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs