Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya kamu adalah seorang lelaki yang Allah SWT telah memperelokkan kejadian kamu. Maka perelokkanlah akhlak kamu

Teks Bahasa Arab

إنك امرُؤٌ قد حَسَّن اللهُ خَلْقَكَ، فأحْسِنْ خُلُقَكَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya kamu adalah seorang lelaki yang Allah SWT telah memperelokkan kejadian kamu. Maka perelokkanlah akhlak kamu.

Sahabat Perawi

  1. Jarir bin Abdullah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 51, hadis no. 212. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جرير بن عبد الله - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إنك امرؤ قد حسن الله خلقك، فأحسن خلقك)). [الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، فر، الدغولي في ((الآداب))، ((الضعيفة)) (3210)].

(Daif) Daripada Jarīr ibn ‘Abdullah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesungguhnya kamu adalah seorang lelaki yang Allah SWT telah memperelokkan kejadian kamu. Maka perelokkanlah akhlak kamu.)) [Riwayat al-Kharā’iṭī dalam Makārim al-Akhlāq, al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws, dan Abū ‘Abbās al-Daghūlī dalam al-Ādāb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3210.]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.