TEKS BAHASA ARAB
إنا لنكشر في وجوه أقوام، وإن قلوبنا لتلعنهم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya kami memaniskan muka (memberikan senyuman) di hadapan sebahagian kaum sedangkan hati kami melaknatnya.
STATUS
Tiada Asal
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 169, hadis nombor 847. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له مرفوعا)
إنَّا لنَكشِرُ في وجوهِ أقوامٍ، وإنَّ قلوبَنا لتلعنُهُم.
[((الضعيفة)) (216، 4856)]
(Tiada Asal Secara Marfu’)
Sesungguhnya kami memaniskan muka (memberikan senyuman) di hadapan sebahagian kaum sedangkan hati kami melaknatnya.
[Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 216, 4856]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.