Tiada asal

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya kami memaniskan muka

Teks Bahasa Arab

إنَّا لنَكشِرُ في وجوهِ أقوامٍ، وإنَّ قلوبَنا لتلعنُهُم.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya kami memaniskan muka (memberikan senyuman) di hadapan sebahagian kaum sedangkan hati kami melaknatnya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Tiada asal

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 169, hadis no. 847. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له مرفوعا) إنَّا لنَكشِرُ في وجوهِ أقوامٍ، وإنَّ قلوبَنا لتلعنُهُم. [((الضعيفة)) (216، 4856)]

(Tiada Asal Secara Marfu’) Sesungguhnya kami memaniskan muka (memberikan senyuman) di hadapan sebahagian kaum sedangkan hati kami melaknatnya. [Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 216, 4856]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.