Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya kami disuruh untuk mengambil sesuatu yang baik dengan tangan kanan kami

Teks Bahasa Arab

كان من أصحاب رسول الله - صلى الله عليه وسلم -، قال: أنه كان بـ (أَذْرِبيجان) ، فأُتوا بطعام، وعندهم ناس من الدَّهاقين، فلما فرغوا؛ أُتوا بماء يغسلون أيديَهم، وأُتوا بأُشْنَان، فأخذه بيمينه، فتغامزت الدهاقين! فقال: إنا أُمِرْنا أَنْ نأخُذَ الخَيْرَ بأيمانِنا .

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya kami disuruh untuk mengambil sesuatu yang baik dengan tangan kanan kami.

Sahabat Perawi

  1. Bashir bin Ma’bad al-Aslami

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 218, hadis no. 1159. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن بشير بن معبد الأسلمي - وكان من أصحاب رسول - الله صلى الله عليه وسلم -، قال: أنه كان بـ (أذربيجان) ، فأتوا بطعام، وعندهم ناس من الدهاقين، فلما فرغوا؛ أتوا بماء يغسلون أيديهم، وأتوا بأشنان، فأخذه بيمينه، فتغامزت الدهاقين! فقال: ((إنا أمرنا أن نأخذ الخير بأيماننا)). [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5473)]

(Munkar) Daripada Bashir bin Ma’bad al-Aslami - beliau merupakan antara sahabat Rasulullah SAW - beliau berkata: Bahawa beliau berada di Azerbaijan, kemudian mereka semua diberikan makanan, di sisi mereka ada golongan penjual-penjual, tatkala mereka semua sudah selesai makan, mereka diberikan air untuk membersihkan tangan-tangan mereka. Kemudian mereka diberikan Ushnan (sejenis tumbuhan) lalu beliau mengambilnya dengan tangan kanannya. Para penjual itu pun mengerdip mata. Beliau berkata: Sesungguhnya kami disuruh untuk mengambil sesuatu yang baik dengan tangan kanan kami. [Riwayat al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 5473]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.