Sesungguhnya kami adalah ahlu bayt, Allah swt telah memilih akhirat untuk kami berbanding dunia

TEKS BAHASA ARAB

إنا أهل بيت اختار الله لنا الآخرة على الدنيا وإن أهل بيتي سيلقون بعدي بلاء وتشريدا وتطريدا حتى يأتي قوم من قبل المشرق معهم رايات سود فيسألون الخير فلا يعطونه فيقاتلون فينصرون فيعطون ماسألوا فلا يقبلونه حتى يدفعوها إلى رجل من أهل بيتي فيملؤها قسطا كما ملؤوها جورا فمن أدرك ذلك منكم فليأتهم ولو حبوا على الثلج.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya kami adalah ahlu bayt, Allah swt telah memilih akhirat untuk kami berbanding dunia. Sesungguhnya ahli keluarga saya, mereka akan menghadapi kesukaran dan pemulauan. Sehinggalah datang segerombolan manusia daripada timur, mereka menjulang panji-panji hitam. Mereka menuntut kebaikan, namun tidak diberikan. Lantas mereka berperang dan mereka ditolong Allah. Maka permintaan mereka dipenuhi, namun mereka tidak menerimanya, sebaliknya menyerahkannya kepada salah seorang ahli keluarga saya. Dia akan memenuhkan dunia dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kezaliman. Sesiapa yang mendapati hal ini terjadi, pergilah menyertai mereka meskipun terpaksa merangkak di atas salji.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1060, hadis nombor 5419. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن مسعود ما قال: بينما نحن عند رسول الله صلى الله عليه وسلم إذ أقبل فتية من بني هاشم فلما رآهم النبي صلى الله عليه وسلم اغرورقت عيناه وتغير لونه، قال: فقلت: ما نزال نرى في وجهك شيئًا نكرهه؟ فقال: إنا أهل بيت. اختار الله لنا الآخرة على الدنيا وإن أهل بيتي سيلقون بعدي بلاء وتشريدًا وتطريدًا حتى يأتي قوم من قبل المشرق معهم رايات سود فيسألون الخير فلا يعطونه فيقاتلون فينصرون فيعطون ماسألوا؛ فلا يقبلونه حتى يدفعوها إلى رجل من أهل بيتي فيملؤها قسطًا كما ملؤوها جورًا فمن أدرك ذلك منكم فليأتهم ولو حبوًا على الثلج. [ه، عق، ابن أبي عاصم، الضعيفة 5203]

(Munkar) Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud, beliau menceritakan: Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW, beberapa orang pemuda daripada keturunan Hashim melintasi kami. Apabila Nabi SAW terpandang mereka, mengalir air mata Baginda, dan berubah raut wajah Baginda. Saya bertanya: Mengapakah kami lihat wajah anda seolah-olah ada sesuatu yang anda kurang senangi?
Baginda menjawab, Sesungguhnya kami adalah ahlu bayt, Allah swt telah memilih akhirat untuk kami berbanding dunia. Sesungguhnya ahli keluarga saya, mereka akan menghadapi kesukaran dan pemulauan. Sehinggalah datang segerombolan manusia daripada timur, mereka menjulang panji-panji hitam. Mereka menuntut kebaikan, namun tidak diberikan. Lantas mereka berperang dan mereka ditolong Allah. Maka permintaan mereka dipenuhi, namun mereka tidak menerimanya, sebaliknya menyerahkannya kepada salah seorang ahli keluarga saya. Dia akan memenuhkan dunia dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kezaliman. Sesiapa yang mendapati hal ini terjadi, pergilah menyertai mereka meskipun terpaksa merangkak di atas salji. [Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan, al-‘Uqaili dalam al-Du‘afa’ dan Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5203)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs