Sesungguhnya kalian yang paling aku cintai

TEKS BAHASA ARAB

إن أحبكم إلي وأقربكم مني الذي يلحقني على العهد الذي فارقني عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya kalian yang paling aku cintai dan yang paling dekat denganku ialah yang mengikutiku atas perjanjiannya sepertimana ketika dia berpisah denganku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2008, hadis nombor 10075. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي ذر – رضي الله عنه – قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن أحبكم إلي وأقربكم مني الذي يلحقني على العهد الذي فارقني عليه.
[طب، البزار، ((الضعيفة)) (2974)]

(Lemah)
Daripada Abu Dzar RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya kalian yang paling aku cintai dan yang paling dekat denganku ialah yang mengikutiku atas perjanjiannya sepertimana ketika dia berpisah denganku.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2974]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs