Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya kalian adalah umat yang dirahmati dan diampunkan

Teks Bahasa Arab

إنكم أُمَّةٌ مرحومةٌ معافاةٌ، فاستقِيمُوا، وخذوا طاقةَ الأمرِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya kalian adalah umat yang dirahmati dan diampunkan, maka beristiqamah dan lakukanlah amalan yang sesuai dengan kadar kemampuan.

Sahabat Perawi

  1. Abu Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1905, hadis no. 9570. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي مالك الأشعري رضي الله عنه ، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: إنَّكم أمَّة مرحومة معافاة، فاستقيموا، وخذوا طاقة الأمر. [طب، وفي ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5615)]

(Palsu) Daripada Abu Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya kalian adalah umat yang dirahmati dan diampunkan, maka beristiqamah dan lakukanlah amalan yang sesuai dengan kadar kemampuan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan dalam Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5615]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.