Sesungguhnya Kaabah mempunyai lidah dan juga dua bibir

TEKS BAHASA ARAB

إن للكعبة لسانا وشفتين، ولقد اشتكت إلى الله فقالت: يا رب! قل عوادي، وقل زواري! فأوحى الله -عز وجل-: إني خالق بشرا خشعا سجدا، يحنون إليك كما تحن الحمامة إلى بيضها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Kaabah mempunyai lidah dan juga dua bibir, ia telah mengadu kepada Allah dan berkata: Wahai Tuhan! Telah berkurangan yang mendatangiku, telah berkurang orang yang menziarahiku! Lalu Allah mewahyukan kepadanya: Sesungguhnya aku telah menciptakan manusia yang khusyuk dan suka sujud yang akan kembali kepadamu sebagaimana merpati kembali kepada telurnya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 749, hadis nombor 3834. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن جابر – رضي الله عنه – مرف مرفوعا: «إن للكعبة لسانا وشفتين، ولقد اشتكت إلى الله فقالت: يا رب! قل عوادي، وقل زواري! فأوحى الله -عز وجل-: إني خالق بشرا خشعا سجدا، يحنون إليك كما تحن الحمامة إلى بيضها».
[طس، عد، «الضعيفة» (5093)].

(Batil)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Kaabah mempunyai lidah dan juga dua bibir, ia telah mengadu kepada Allah dan berkata: Wahai Tuhan! Telah berkurangan yang mendatangiku, telah berkurang orang yang menziarahiku! Lalu Allah mewahyukan kepadanya: Sesungguhnya aku telah menciptakan manusia yang khusyuk dan suka sujud yang akan kembali kepadamu sebagaimana merpati kembali kepada telurnya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5093].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs