Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ للكعبةِ لسانًا وشفتَين، ولقد اشتكتْ إلى اللهِ فقالتْ: ياربِّ ! قل عُوادي، وقل زُوَّاري! فأوحى اللهُ عز وجل-: إني خالقٌ بشرًا خُشعًا سُجدًا، يحِنُّون إليك كما تحِنُّ الحمامةُ إلى بيضِها.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Kaabah mempunyai lidah dan juga dua bibir, ia telah mengadu kepada Allah dan berkata: Wahai Tuhan! Telah berkurangan yang mendatangiku, telah berkurang orang yang menziarahiku! Lalu Allah mewahyukan kepadanya: Sesungguhnya aku telah menciptakan manusia yang khusyuk dan suka sujud yang akan kembali kepadamu sebagaimana merpati kembali kepada telurnya.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 749, hadis no. 3834. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن جابر - رضي الله عنه - مرف مرفوعا: «إن للكعبة لسانا وشفتين، ولقد اشتكت إلى الله فقالت: يا رب! قل عوادي، وقل زواري! فأوحى الله -عز وجل-: إني خالق بشرا خشعا سجدا، يحنون إليك كما تحن الحمامة إلى بيضها». [طس، عد، «الضعيفة» (5093)].
(Batil) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Kaabah mempunyai lidah dan juga dua bibir, ia telah mengadu kepada Allah dan berkata: Wahai Tuhan! Telah berkurangan yang mendatangiku, telah berkurang orang yang menziarahiku! Lalu Allah mewahyukan kepadanya: Sesungguhnya aku telah menciptakan manusia yang khusyuk dan suka sujud yang akan kembali kepadamu sebagaimana merpati kembali kepada telurnya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5093].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman