Sesungguhnya kaabah akan hancur sedikit demi sedikit

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لهدم الكعبة حجرا حجرا أهون على الله من قتل المسلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Kaabah hancur sedikit demi sedikit lebih mudah disisi Allah daripada membunuh orang Islam.

STATUS

Tidak Ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 212, hadis nombor 23. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في المقاصد: لم أقف عليه. ولكن معناه مرفوع بلفظ: من آذى مسلما بغير حق فكأنما هدم بيت الله.

Al-Sakhawi berkata di dalam kitabnya al-Maqasid: aku tidak menganggap hadith ini sahih, akan tetapi maknanya marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi) dengan lafaz: Barangsiapa yang menyakiti hati orang muslim yg lain tanpa hak, dia umpama memusnahkan rumah Allah.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs