Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن للقلوبِ صَدَأً كصَدَأ الحديدِ، وجَلاؤُها الاستغفارُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya jiwa mempunyai karat seperti karat besi, penghilangnya adalah istighfar.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1996, hadis no. 10003. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: «إن للقلوب صدأ كصدأ الحديد، وجلاؤها الاستغفار». [عد، هب، فر، «الضعيفة» (2242)].
(Palsu) Daripada Anas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya jiwa mempunyai karat seperti karat besi, penghilangnya adalah istighfar”. [Riwayat al-Kamil fi al-Dhuafa, Syu’ab al-Iman, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2242].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman