Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اللهُمَّ إنّ قلوبَنَا ونواصينَا بيدِكَ، لم تُمَلِّكْنَا منها شيئًا، فإذا فعلتَ ذلكَ بها، فكُنْ أنتَ وليُّها، واهدِها إلى سواءِ السَّبيلِ.
Teks Bahasa Melayu
Ya Allah! Sesungguhnya jiwa-jiwa kami dan ubun-ubun kami berada di tangan-Mu, Engkau tidak menjadikan kami mampu menguasainya sedikit pun. Apabila Engkau berkuasa sedemikian terhadapnya, maka Engkau jadilah pemimpinnya dan tunjukkanlah ia ke jalan yang lurus.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1444, hadis no. 7348. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن خلف [بن هشام] المقري، قال: كنت أسمع معروفا الكرخي يدعو بهذا الدعاء كثيرا يقول: اللهم إن قلوبنا ونواصينا بيدك، لم تملكنا منها شيئا، فإذا فعلت ذلك بها، فكن أنت وليها، واهدها إلى سواء السبيل. فقلت: يا أبا محفوظ! أسمعك تدعو بهذا الدعاء كثيرا، هل سمعت فيه حديثا؟ قال: نعم، حدثني بكر بن خنيس عن سفيان الثوري [عن أبي الزبير عن جابر أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يدعو بهذا الدعاء]. [حل، خط، ((الضعيفة)) (2909)]
(Sangat Lemah) Daripada Khalaf bin Hishām al-Muqrī, beliau berkata: Aku pernah mendengar Ma‘rūf al-Karkhī banyak berdoa dengan doa ini: Ya Allah! Sesungguhnya jiwa-jiwa kami dan ubun-ubun kami berada di tangan-Mu, Engkau tidak menjadikan kami mampu menguasainya sedikit pun. Apabila Engkau berkuasa sedemikian terhadapnya, maka Engkau jadilah pemimpinnya dan tunjukkanlah ia ke jalan yang lurus. Aku pun bertanya: Wahai Abū Maḥfūdz! Aku dengar engkau banyak berdoa dengan doa ini, adakah engkau ada mendengar hadis tentangnya? Beliau menjawab: Ya, Bakr bin Khunais telah menceritakan kepadaku daripada Sufyān al-Thawrī daripada Abū al-Zubair daripada Jābir bahawa Nabi SAW selalu berdoa dengan doa ini. [Riwayat Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Awliyā’, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2909]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman