Palsu Dengan Selengkap Ini

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya jiwa itu cepat bosan, dan sesungguhnya salah seorang kalian tidak mengetahui jangka waktu

Teks Bahasa Arab

إنَّ النفسَ مَلُولةٌ، وإنَّ أحدَكم لا يدري ما قَدرُ المُدَّةِ، فلْيَنظُرْ مِنَ العبادةِ ما يُطيقُ، ثم لِيُداوِمْ عليه، فإنَّ أحبَّ الأعمالِ إلى اللهِ ما دِيم عليه وإنْ قَلَّ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya jiwa itu cepat bosan, dan sesungguhnya salah seorang kalian tidak mengetahui jangka waktu. Maka hendaklah dia melihat ibadat mana yang mampu dilaksanakan, kemudian hendaklah dia berterusan melakukannya. Kerana sesungguhnya amalan yang paling dicintai oleh Allah itu ialah apa yang dikerjakan dengan berterusan walaupun sedikit.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu Dengan Selengkap Ini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 469, hadis no. 2516.

(موضوع بهذا التمام) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: «إن النفس ملولة، وإن أحدكم لا يدري ما قدر المدة، فلينظر من العبادة ما يطيق، ثم ليداوم عليه، فإن أحب الأعمال إلى الله ما ديم عليه وإن قل». [طس، «الضعيفة» (3160)].

(Palsu Dengan Selengkap Ini) Daripada Ibn Umar RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesungguhnya jiwa itu cepat bosan, dan sesungguhnya salah seorang kalian tidak mengetahui jangka waktu. Maka hendaklah dia melihat ibadat mana yang mampu dilaksanakan, kemudian hendaklah dia berterusan melakukannya. Kerana sesungguhnya amalan yang paling dicintai oleh Allah itu ialah apa yang dikerjakan dengan berterusan walaupun sedikit". [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3160].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.