Sesungguhnya jin-jin yang beriman, mereka (boleh) mendapat pahala dan mereka (boleh) menerima hukuman

TEKS BAHASA ARAB

إن مؤمني الجن لهم ثواب، وعليهم عقاب. فسألناه عن ثوابهم وعن مؤمنيهم؟ فقال: على الأعراف، وليسوا في الجنة مع محمد ﷺ. فسألناه: وما الأعراف؟ قال: حائط الجنة؛ تجري فيه الأنهار، وتنبت فيه الأشجار والثمار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya jin-jin yang beriman, mereka (boleh) mendapat pahala dan mereka (boleh) menerima hukuman. Lalu kami bertanya tentang pahala mereka dan kalangan mereka yang beriman. Maka baginda menjawab: “Di atas al-A’rāf. Mereka bukan di syurga bersama Nabi Muhammad ﷺ.” Lalu kami bertanya kepada baginda: “Apakah itu al-A’rāf?". Baginda menjawab: “Dinding syurga. Sungai-sungai mengalir padanya dan pohon-pohon serta buah-buahan tumbuh padanya”.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 538-539, hadis nombor 2838. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن مؤمني الجن لهم ثواب، وعليهم عقاب. فسألناه عن ثوابهم وعن مؤمنيهم؟ فقال: على الأعراف، وليسوا في الجنة مع محمد ﷺ. فسألناه: وما الأعراف؟ قال: حائط الجنة؛ تجري فيه الأنهار، وتنبت فيه الأشجار والثمار». [البيهقي في «البعث»، ابن عساكر، الذهبي في «السير»، «الضعيفة» (6113)].

(Palsu) Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya jin-jin yang beriman, mereka (boleh) mendapat pahala dan mereka (boleh) menerima hukuman". Lalu kami bertanya tentang pahala mereka dan kalangan mereka yang beriman. Maka baginda menjawab: “Di atas al-A’rāf. Mereka bukan di syurga bersama Nabi Muhammad ﷺ.” Lalu kami bertanya kepada baginda: “Apakah itu al-A’rāf?". Baginda menjawab: “Dinding syurga. Sungai-sungai mengalir padanya dan pohon-pohon serta buah-buahan tumbuh padanya”. [Riwayat al-Bayhaqī dalam al-Ba‘th, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq, al-Dzahabī dalam Siyar al-A'lām. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah no. 6113].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs