Sesungguhnya jin dari kalangan mukmin itu ada ganjaran dan juga azab bagi mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن مؤمني الجن لهم ثواب، وعليهم عقاب. فسألناه عن ثوابهم وعن مؤمنيهم؟ قال: على الأعراف، وليسوا في الجنة مع محمد صلى الله عليه وسلم. فسألناه:وما الأعراف؟ قال: حائط الجنة تجري فيه الأنهار، وتنبت فيه الأشجار والثمار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya jin dari kalangan mukmin itu ada ganjaran dan juga azab bagi mereka. Lalu kami bertanya akan ganjaran mereka dan orang mukmin dari kalangan mereka? Lalu baginda bersabda: Mereka berada di atas al-A’raf dan bukan berada di syurga Bersama Nabi Muhammad SAW. Lalu kami bertanya kepadanya: Apakah itu al-A’raf? Mereka berkata: Tembok syurga yang mengalir padanya sungai dan tumbuh padanya pokok dan buah-buahan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 687, hadis nombor 3533. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن مؤمني الجن لهم ثواب، وعليهم عقاب. فسألناه عن ثوابهم وعن مؤمنيهم؟ قال: على الأعراف، وليسوا في الجنة مع محمد صلى الله عليه وسلم. فسألناه:وما الأعراف؟ قال: حائط الجنة تجري فيه الأنهار، وتنبت فيه الأشجار والثمار)). [البيهقي في ((البعث))، ابن عساكر، الذهبي في ((السير))، ((الضعيفة)) (6113)]

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya jin dari kalangan mukmin itu ada ganjaran dan juga azab bagi mereka. Lalu kami bertanya akan ganjaran mereka dan orang mukmin dari kalangan mereka? Lalu baginda bersabda: Mereka berada di atas al-A’raf dan bukan berada di syurga Bersama Nabi Muhammad SAW. Lalu kami bertanya kepadanya: Apakah itu al-A’raf? Mereka berkata: Tembok syurga yang mengalir padanya sungai dan tumbuh padanya pokok dan buah-buahan.” [Riwayat al-Baihaqi dalam al-Ba’th, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq dan al-Zahabi dalam al-Siyar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6113]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.