Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya jin dari kalangan mukmin itu ada ganjaran dan juga azab bagi mereka

Teks Bahasa Arab

إِنَّ مُؤْمِنِي الجِنِّ لَهُم ثَوَابٌ، ‌وَعَلَيْهِم ‌عِقَابٌ. فسأَلنَاهُ عَنْ ثَوَابِهِم وَعَنْ مُؤْمِنيهِم؟ قَالَ: عَلَى الأَعْرَافِ، وَلَيسُوا فِي الجَنَّةِ مع محمد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. فَسَألْنَاه:وَمَا الأَعْرَافُ؟ قَالَ: حَائِطُ الجَنَّةِ تَجرِي فِيْهِ الأَنْهَارُ، وَتَنبُتُ فِيْهِ الأَشجَارُ وَالثِّمَارُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya jin dari kalangan mukmin itu ada ganjaran dan juga azab bagi mereka. Lalu kami bertanya akan ganjaran mereka dan orang mukmin dari kalangan mereka? Lalu baginda bersabda: Mereka berada di atas al-A’raf dan bukan berada di syurga Bersama Nabi Muhammad SAW. Lalu kami bertanya kepadanya: Apakah itu al-A’raf? Mereka berkata: Tembok syurga yang mengalir padanya sungai dan tumbuh padanya pokok dan buah-buahan.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 687, hadis no. 3533. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن مؤمني الجن لهم ثواب، وعليهم عقاب. فسألناه عن ثوابهم وعن مؤمنيهم؟ قال: على الأعراف، وليسوا في الجنة مع محمد صلى الله عليه وسلم. فسألناه:وما الأعراف؟ قال: حائط الجنة تجري فيه الأنهار، وتنبت فيه الأشجار والثمار)). [البيهقي في ((البعث))، ابن عساكر، الذهبي في ((السير))، ((الضعيفة)) (6113)]

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya jin dari kalangan mukmin itu ada ganjaran dan juga azab bagi mereka. Lalu kami bertanya akan ganjaran mereka dan orang mukmin dari kalangan mereka? Lalu baginda bersabda: Mereka berada di atas al-A’raf dan bukan berada di syurga Bersama Nabi Muhammad SAW. Lalu kami bertanya kepadanya: Apakah itu al-A’raf? Mereka berkata: Tembok syurga yang mengalir padanya sungai dan tumbuh padanya pokok dan buah-buahan.” [Riwayat al-Baihaqi dalam al-Ba’th, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq dan al-Zahabi dalam al-Siyar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6113]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.