Sesungguhnya jika seorang muslimah itu hamil, maka baginya ganjaran seperti orang yang melakukan qiyam

TEKS BAHASA ARAB

إن المسلمة إذا حملت كان لها أجر القائم الصائم المحرم المجاهد في سبيل الله حتى إذا وضعت؛ فإن لها بأول رضعة ترضعه أجر حياة نسمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya jika seorang muslimah itu hamil, maka baginya ganjaran seperti orang yang melakukan qiyam, orang yang puasa, orang yang dalam ihram serta orang yang berjihad di jalan Allah sehinggalah dia melahirkan. Sesungguhnya baginya pahala dengan susuan pertama yang dia susukan itu ganjaran kehidupan satu kehidupan yang bernafas.

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1551, hadis nombor 7864. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عَنْ اِبْنِ عَبَّاسٍ -رضي الله عنهما- أن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال: ((إِنَّ الْمُسْلِمَةَ إِذَا حَمَلَتْ كَانَ لَهَا أَجْرُ الْقَائِمِ الصَّائِمِ الْمُحْرِمِ الْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، حَتَّى إِذَا وَضَعَتْ؛ فَإِنَّ لَهَا بِأَوَّلِ رَضْعَةٍ تُرْضِعُهُ أَجْرَ حَيَاةِ نَسَمَةٍ)) [ع، ((الضعيفة)) (6256)]

(Sangat Munkar)
Daripada Ibn Abbas RA bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya jika seorang muslimah itu hamil, maka baginya ganjaran seperti orang yang melakukan qiyam, orang yang puasa, orang yang dalam ihram serta orang yang berjihad di jalan Allah sehinggalah dia melahirkan. Sesungguhnya baginya pahala dengan susuan pertama yang dia susukan itu ganjaran kehidupan satu kehidupan yang bernafas.”
[Riwayat Abu Ya’la dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Daifah, 6256]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs