Sesungguhnya jika seorang lelaki melihat isterinya dan isterinya melihatnya, Allah melihat mereka dengan pandangan rahmat

TEKS BAHASA ARAB

إن الرجل إذا نظر إلى امرأته ونظرت إليه؛ نظر الله إليهما نظرة رحمة، فإذا أخذ بكفها؛ تساقطت ذنوبهما من خلال أصابعهما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya jika seorang lelaki melihat isterinya dan isterinya melihat dia, Allah melihat mereka dengan pandangan rahmat, apabila diambil dengan tapak tangannya, maka jatuhlah dosa-dosa daripada celah jari jemari mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 935, hadis nombor 4808. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم: ((إن الرجل إذا نظر إلى امرأته ونظرت إليه؛ نظر الله إليهما نظرة رحمة، فإذا أخذ بكفها؛ تساقطت ذنوبهما من خلال أصابعهما)).
[الرافعي – معلقا عن ميسرة بن علي – في ((مشيخته))، ((الضعيفة)) (3274)].

(Palsu)
Daripada Abu Said Al Khudri RA, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya jika seorang lelaki melihat isterinya dan isterinya melihat dia, Allah melihat mereka dengan pandangan rahmat, apabila diambil dengan tapak tangannya, maka jatuhlah dosa-dosa daripada celah jari jemari mereka.
[Riwayat al-Rafi’i, Mualaqan tentang Maysarah bin Ali dalam Masyikhatih. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3274].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs