Sesungguhnya jika Allah mahu menjadikan seseorang hamba itu pemimpin Allah

TEKS BAHASA ARAB

إن الله إذا أراد أن يجعل عبداً للخلافة مسح يده على جبهته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya jika Allah mahu menjadikan seseorang hamba itu pemimpin Allah akan menyapu tanganNya ke atas dahinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 767, hadis nombor 3918. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه – مرفوعاً: «إن الله إذا أراد أن يجعل عبداً للخلافة مسح يده على جبهته». [خط، «الضعيفة» (805)].

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’: “Sesungguhnya jika Allah mahu menjadikan seseorang hamba itu pemimpin Allah akan menyapu tanganNya ke atas dahinya.” [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 805]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs